Thursday 23 February 2012

''ini cerita hati,bukan cerita mat jenin''

Tutup buka mata,sudah dua bulan aku tinggal disini,menetap disini,kenal dengan daerah ini.daerah ini manjung namanya.hidup sebagai anak perantau buat hari aku makin hari makin sunyi,tak macam kalian semua.aku tak punya kawan yang ramai.bukan aku yang memilih untuk berkawan tapi mereka yang memilih aku.sungguh!aku tak punya ramai kawan untuk berjimbe bersama,bersusah bersama,berkongsi milo panas dalam satu cawan yang sama macam dahulu.ada tapi hanya sekangkang kera.aku berkawan dengan siapa yang mahu cerita tentang ap yang aku rasa serius untuk dibincangkan.tapi bila sampai masa aku terdiam,itu jelas menunjukkan aku selesa berdiam sambil berfikir.aku malas untuk duduk dalam satu kelompok manusia yang bercerita soal yang barangkali aku rasa buang masa.dan itu jauh sekali dari aku.melainkan kawan aku yang sekangkang kera ini.




Keluar dari bilik seawal 07.45am sambil berjalan perlahan dan rokok di jari.sekadar mahu rasa saja.ini kebiasaan pada aku tidak kira pagi,tengah hari petang mahupun malam dan dalam apa jua pun.bende yang wajib ada di tangan aku adalah rokok.kalau tidak macam tidak lengkap. ''rokok adalah pelengkap jiwa yang gusar''




Aku bukanlah antara orang yang ketaguh dengan rokok.aku ambil bila perlu saja.aku tak suka berhabis duit untuk bende macam ini.itu jauh sekali dari aku.tapi bila perlu aku terpaksa juga.


Dah malas jadi begni,sudah bosan hidup macam ni,dah penat  keadaan macam ini.bukan aku tidak bersyukur,sungguh benar aku bersyukur.diberi hidup yang sebegini.diberi nafas selama ini.aku bersyukur dan aku dididik tentang rasa syukur itu.tapi bila soal meminta ini.aku jauh lebih mengelak dari meminta.aku tak mahu susahkan sesiapa,aku tak mahu dan takkan mahu.cukuplah dengan apa yang aku ada ini.tapi bila sampai satu masa yang aku katakan sebagai terpaksa,apa boleh buat,aku minta juga.tapi itupon ambil masa untuk aku fikir masak-masak.


Hidup disini agak susah,masalah kewangan.tambah lagi dengan masalah sedia ada.aku cuma mampu diam diri.malas untuk campur adukkan.takut-takut terabai pula pelajaran aku.aku sudah terbiasa untuk berdiam.malas orang tahu apa aku rasa.cukuplah kalau aku simpan rasa itu dalam-dalam.teringat ayat ibu dan ayah sebelum aku kesini sudah cukup buat aku rasa bersalah.tak mengapa,aku dah malas meminta.kalau nak bagi aku ambil,kalau taknak aku usahakan.biarlah apa orang nak kata kalau itu yang perlu aku lakukan.mungkin aku bukan golongan kelas atasan yang punya wang berlebihan.duit yang aku ada aku jimatkan untuk aku seorang,makan aku,kegunaan harian aku untuk belajar,beli buku.dan cukuplah untuk hari-hari aku disini.


Disini aku sudah terbiasa hidup susah,disini aku sudah terbiasa untuk bersuara dalam hati.sudahlah,nanti bila aku diam itu maknanya aku sudah penat untuk meminta bila dipersoal.aku malas mengungkit.aku perlu tetapkan rasa hati aku dan niat aku.disini..aku disini seronok mungkin.tapi susah mungkin.

No comments:

Post a Comment