Sunday 4 December 2011

"Aspek Hidup Golongan Sederhana"

Hidup dalam golongan kelas sederhana bukanlah sesuatu yang mudah. Aku panjangkan syukur pada tuhan kerna masih lagi mahu jadi Ar-Rahman untuk aku. Betul kata ibu tercinta, hidup kita ni macam roda adakala kita di atas, sampai seru mungkin kita dibawah. Tak semua yang aku ingin aku dapat, jadi aku belajar apa itu erti SYUKUR. Tahun ini tahun getir mungkin bagi aku, meningkat pertengahan umur remaja banyak mengajar aku erti hidup. Anjakan paradigma dalam usia sekarang buat aku rasa hidup dalam mati. Semua perkara aku mahu cuba tapi aku ingat pesan ibu tercinta,  *Jangan sia-siakan kepercayaan ibu dan ayah pada kau* aku simpan dalam-dalam kata-2 itu.

Terima kasih tuhan kerna masih bagi aku peluang tatap wajah ibu. Antara ibu dan ayah, orang yang aku pilih adalah ibu walaupun ayah yang banyak berkorban untuk keluarga melihat riak muka ibu ketika tidur sudah cukup buat aku rasa ingin menangis. Tuhan. . . banyak sungguh celaka yang sudah aku buat. Beri aku peluang untuk bagi seribu kegembiraan kepada ibu aku.

Darah muda masih lagi mengalir dalam diri aku cuma aku perlu pandai kawal. Aku juga seperti budak seusia aku, inginkan keseronokkan dalam hidup tapi aku perlu berpada-pada. Melihat orang lain berpasangan, aku juga ingin seperti itu tapi aku tahankan dulu. Bagaimana aku perlu beri kebahagiaan pada teman wanita aku jika ibu sendiri aku belum bahagiakan. Belum masanya untuk semua itu pada aku lagipula aku masih lagi belum ada apa-2. Tekad yang ada dalam diri aku sekarang adalah untuk sentiasa ke hadapan "Manusia ini selalunya yang terang lagi bersuluh itu tak nampak, yang sekecil kuman itulah yang dia mahu"

No comments:

Post a Comment